Covid-19: Kes harian baharu meningkat hampir 60 peratus


KUALA LUMPUR-- Sebanyak 20,824 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh enam hari (29 Okt-3 Nov 2022), meningkat hampir 60 peratus berbanding 13,050 kes untuk tempoh yang sama (22 Okt-27 Okt).


Angka kes harian baharu melonjak melepasi angka 4,000 semalam (3 November) kepada 4,711 kes. Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes, lapor Bernama.


Daripada 4,711 kes semalam, 10 buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (1,609), WP Kuala Lumpur (1,168), Perak (391), Negeri Sembilan (299), Pulau Pinang (232), Sabah (215), Melaka (149), Kedah (135), Kelantan (128), WP Putrajaya (111).

Next Post Previous Post