Mukah terus dibangunkan, kata Abang Jo

Abang Johari menghadiri Program Sarawakku Sayang di lokasi pertama iaitu di Kampung Tellian, Mukah petang semalam. Gambar | Teks : Pejabat Premier Sarawak

MUKAH-- Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Program Sarawakku Sayang di lokasi pertama iaitu di Kampung Tellian, Mukah petang semalam.


Mukah menjadi pembuka tirai program Sarawakku Sayang yang akan dilaksanakan di 10 lokasi di seluruh Sarawak.



Abang Johari berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai dasar yang insklusif bagi membangunkan Sarawak termasuklah Mukah. 


"Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan projek-projek insfrastruktur asas khususnya di luar bandar. 



Melalui pelbagai dasar yang inklusif dan praktikal, Abang Johari yakin Sarawak dapat mencapai taraf negeri maju menjelang tahun 2030," katanya.


Sejurus selepas itu, Premier Sarawak telah menyaksikan Sesi Serah Surat Setuju Terima Projek dan melihat  acara demonstrasi Bidar Lukut. 



Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki,  timbalan-timbalan Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dan Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh.

Next Post Previous Post