Bekas penolong jurutera didenda RM5,000, terima rasuah RM1,600

Bekas penolong jurutera di Syarikat Sesco Berhad (SESCO) Miri yang menerima rasuah, Bekas penolong jurutera didenda RM5,000, terima rasuah RM1,600
Tertuduh (kiri) mengaku bersalah atas lima pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Miri hari ini.

MIRI—  Mahkamah Sesyen Miri hari ini mengenakan denda berjumlah RM5,000 ke atas seorang bekas penolong jurutera di Syarikat Sesco Berhad (SESCO)Miri atas lima pertuduhan menerima rasuah antara 2019 hingga 2020.


Hakim Steve Ritikos menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi setiap lima pertuduhan atau penjara 15 bulan jika gagal membayar denda.


Kesemua denda tersebut perlu dibayar hari ini.


Tertuduh, Karambie Sulong, 45 tahun, mengaku bersalah terhadap lima daripada 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,600  dari tahun 2019 hingga 2020.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima rasuah daripada tujuh individu yang melibatkan transaksi berjumlah antara RM100 hingga RM300 yang dimasukkan terus ke dalam akaun banknya.


Pertuduhan difailkan mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama.


Tertuduh diwakili peguam Shikh Rajjish Ahmad, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Nisla Abdul Latif.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.