Polis tahan lelaki disyaki ancam bunuh Agong

Lelaki yang membuat hantaran berbaur ancaman bunuh terhadap Agong, Polis tahan lelaki disyaki ancam bunuh Agong

KUALA LUMPUR—Seorang lelaki yang dipercayai membuat hantaran berbaur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah ditahan polis.


Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.


Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Arjunaidi berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan, lapor Bernama.


Semalam, tular menerusi media sosial tangkap layar Instagram Story dipercayai milik seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mempersoalkan kewibawaan dan mengancam keselamatan Seri Paduka Baginda.


Tindakan lelaki berkenaan mengundang kemarahan orang awam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.