APM selamatkan lelaki terkena serangan angin ahmar terperangkap dalam rumah
![]() |
Anggota APM membantu mangsa yang mengalami serangan angin ahmar dan terperangkap dalam rumah. |
MIRI—Seorang warga emas dari Jalan Berembang 8 ,Pujut 7 di sini mengalami detik cemas selepas terperangkap di dalam rumahnya awal pagi tadi.
Dalam kejadian 6 pagi tadi, mangsa beusia 64 tahun itu mengalami serangan angin ahmar dan tinggal bersendirian.
Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Masri, mujur jeritan mangsa meminta tolong didengari oleh jiran berhampiran.
"Pihak kami telah dimaklumkan mengenai kejadian daripada adik ipar mangsa pada jam 7.30 pagi," ujanya.
Sejurus dimaklumkan mengenai kejadian, seramai lima anggota APM Miri telah bergerak ke lokasi.
"Setibanya di kediaman mangsa, anggota memeriksa pintu yang terkunci dan mendapati sudah dibuka oleh jiran yang terdekat," katanya.
APM kemudian membantu menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.