Abang Jo rasmi Riam Hill School di Miri

Abang Johari bersalaman dengan pelajar yang menyambut ketibaan beliau di Riam Hill School, Miri di sini. Teks | Gambar Pejabat Premier Sarawak

MIRI—Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Riam Hill International School di Jalan Riam, Miri.


Dalam ucapan amanat, beliau amat teruja dengan keberanian dan kesungguhan pihak ahli Lembaga dan Pengurusan Sekolah Menengah Persendirian Jalan Riam mewujudkan sekolah antarabangsa tersebut. 



Bagi pihak Sarawak, beliau memberi sokongan penuh atas kewujudan dan akan membantu bersama membangun sekolah tersebut dengan anggaran kos RM8.2 juta dan juga akan membantu melalui Yayasan Sarawak untuk membiayai pelajar khususnya dari golongan B40 dan M40.  


Beliau juga memuji bahawa kewujudan sekolah tersebut adalah selaras dengan hasrat Sarawak untuk mempertingkat dan memperhabatkan sektor  pendidikan melalui dasar baharu kerajaan Sarawak  PCDS30.



Turut hadir adalah Datuk Sri Prof Dr Sim Hui Kian, Timbalan Premier Sarawak,  Tan Sri Datuk Amar Awg Asfia Awg Nassar, Speaker DUN Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sebastian Ling Chiew Yew, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Piasau, Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut, Datuk Sri Law Kiu Kiong, Pengerusi Bersama Sekolah Menengah Jalan Riam, Prof Madya Dr Pauline Ho, CEO Riam Educational School dan kenamaan lain.

Next Post Previous Post