Notification

×

Iklan

Iklan

4,326 borang pencalonan PRU15 telah dijual setakat ini - SPR

| November 04, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-11-11T01:19:55Z

PUTRAJAYA—Sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah dijual setakat hari ini di seluruh negara.


Menurut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN, lapor Bernama.


Di peringkat Parlimen, Sabah mencatatkan penjualan borang tertinggi iaitu 716, diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73).


Perlis yang hanya mempunyai tiga kawasan Parlimen menarik perhatian apabila mencatatkan jualan 52 borang pencalonan Parlimen, jauh lebih tinggi berbanding Negeri Sembilan yang mempunyai lapan kerusi Parlimen namun hanya 24 borang terjual setakat ini. 


Selain itu, ibu pejabat SPR, di sini, turut mencatatkan jualan borang calon Parlimen sebanyak 170.


Di peringkat DUN, jualan borang terbanyak adalah di Perak iaitu sebanyak 654, Pahang (422) dan Perlis 153 manakala jualan borang calon DUN di ibu pejabat SPR pula adalah sebanyak 61.


SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon PRU15, 19 Nov ini sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 15 Nov. 


PRU15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15). 


Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

×
Berita Terbaru Update