172 mesin lombong bitcoin dirampas

Mesin perlombongan bitcoin yang dirampas dalam operasi di tiga premis sekitar Jalan Kuching/Serian semalam.

KUCHING—Pihak polis merampas 172 mesin bagi aktiviti melombong bitcoin dalam serbuan di sekitar Jalan Kuching/Serian semalam.


Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, operasi bermula kira-kira jam 10.30 pagi membabitkan tiga premis.



“Polis turut merampas 172 unit mesin perlombongan bitcoin, sembilan unit router booster, tiga modem tp link, seunit komputer riba, dua unit CPU, dua unit monitor seunit tetikus, seunit kipas pendingin dan kabel wayar,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Zainal Abidin menambah, tiada tangkapan dilakukan dalam operasi yang berakhir jam 4.04 petang itu kerana semasa pemeriksaan kesemua premis tidak berpenghuni.



"Kesemua barang kes dibawa oleh pihak Sesco untuk siasatan dan tindakan di bawah Seksyen 33(3) Ordinan Elektrik Sarawak," ujarnya.


Beliau menasihatkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti berkenaan bitcoin bagi mengelak penyambungan wayar eletrik tidak sah dan boleh menyebabkan kebakaran.

Next Post Previous Post