Polis mohon bantuan orang awam kesan Erik Maang

Kes cubaan merogol, Polis mohon bantuan orang awam kesan Erik Maang
Polis sedang mengesan saksi utama berhubung satu kes cubaan merogol.

PADAWAN—Pihak polis memohon kerjasama orang awam mengesan seorang saksi utama yang dipercayai berkaitan satu kes cubaan merogol.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, saksi utama dikenali Erik Maang During, 50, beralamat di Kampung Sarig Simpok Batu 27, Jalan Padawan, amat diperlukan bagi membantu siasatan pihak polis.


"Pada jam 7.16 malam kelmarin, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan telah menerima satu laporan berkenaan satu aduan daripada mangsa seorang wanita berusia 28 tahun berkenaan satu kes cubaan rogol," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan telah dibuka berikutan laporan tersebut.


"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan saksi ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Ainsah ditalian 013-3729471 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Sylvarius ditalian 013-863724," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.