12,256 Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan di Sarawak mengundi awal

12,256 Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan di Sarawak mengundi awal

KOTA SAMARAHAN--Seramai 12,256 pengundi membabitkan pegawai dan anggota tentera darat bersama pasangan di seluruh Sarawak melaksanakan undi awal dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.


Daripada jumlah tersebut, seramai 2,297 pegawai dan anggota tentera serta pasangan masing-masing telah membuang undi di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di sini termasuk Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.



Beliau bersama isteri, Datin Sdafra Ahmad selesai untuk membuang undi sekitar jam 8.50 pagi.


Katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang, sebanyak 16 pusat pengundian awal dibuka bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.


“Terdapat 16 pusat mengundi di 10 kawasan parlimen dari Kota Samarahan, Kuching, Sibu, Miri dan seluruh Sarawak.


“Sementara bagi anggota yang ditempatkan di sempadan akan mengundi melalui undi pos dan mereka yang anda lihat hari ini adalah mereka yang telah ditempatkan di pangkalan.


“Semua anggota tentera yang hadir hari ini termasuk anggota yang mendaftar di sini tetapi ditugaskan ke Semenanjung Malaysia dan kita telah meminta mereka datang semula untuk mengundi hari ini,” katanya.


Dalam pada itu, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang juga tiba pada jam 9.10 pagi bagi meninjau proses pengundian di luar perkarangan pusat undi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.