Wanita nyaris maut, kereta dipandu dihempap pokok

Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok, Kereta dihempap pokok di Jalan Tanjung Kidurong
Gambar BBP Bintulu

BINTULU: Seorang wanira berusia 28 tahun nyaris maut selepas kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok semasa sedang memandu di Jalan Tanjung Kidurong pada awal pagi tadi.


Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, semas kejadian, wanita terbabit yang menggunakan kereta model Honda itu sedang melalui kawasan hadapan Stadium Bintulu sebelum ianya dihempap sebatang pokok.


Gambar BBP Bintulu


"Insiden ini menyebabkan kereta dipandu mangsa hampir mengalami kemalangan, bagaimanapun beliau sempat memberhentikan keretanya bagi mendapatkan bantuan," ujarnya.


Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.15 pagi.


Gambar BBP Bintulu


Katanya, sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat sebatang pokok tumbang lalu menghempap bahagian hadapan kereta terbabit.


"Kejadian ini turut mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa mengalami kerosakan dan cermin hadapan kereta pecah," ujarnya.


Mujurlah katanya mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pasukan bomba dengan bantuan kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Angkatan Relawan Malaysia (RELA) kemudiannya bertindak memotong serta mengalihkan kayu yang tumbang itu ke tepi jalan bagi menggelakkan kesesakan serta demi keselamatan pengguna jalan yang lain.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.