Pengarah projek ditahan bantu siasatan tuntutan palsu RM2.4 juta

SPRM menahan seorang pengarah projek syarikat kerana terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah RM2.4 juta

ALOR SETAR,—Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah projek syarikat kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.4 juta berhubung pembayaran projek kabel dasar laut di utara tanah air.


Sumber SPRM memaklumkan perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Noorlynna Hanim Abd Halim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.


Suspek lelaki yang berusia 46 tahun itu ditahan di ibu negara kira-kira pada 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.


“Syarikat yang mengendalikan projek tersebut dipercayai telah membuat lebihan bayaran kira-kira RM2.4 juta kepada syarikat kontraktor apabila pihak kontraktor mengemukakan invois tuntutan berdasarkan dokumen yang mengandungi butiran palsu,” menurut sumber itu. 


Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.