Pemuda autisme dikhuatiri hilang di hutan

Seorang pemuda autisme dikhuatiri hilang di hutan gunung Bajo, Pemuda autisme dikhuatiri hilang di hutan

LUNDU-- Seorang pemuda autisme dikhuatiri hilang di hutan gunung Bajo di sini, semalam.


Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Illias IIIyasa Bujang, 21.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.09 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.


"Anggota Bomba telah memulakan  operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8 pagi tadi.



 "SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan dan radius pencarian satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, SAR turut dibantu oleh pihak polis dan orang kampung seramai 30 orang. 


Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.