3 pintu rumah panjang Kelabit terbakar, 11 penghuni hilang tempat tinggal


MIRI-- Seramai 11 penghuni hilang tempat tinggal selepas tiga pintu rumah panjang Kelabit Bakong di sini, terbakar hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.59 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.



"Kebakaran membabitkan tiga pintu rumah panjang lama jenis tidak kekal telah terbakar keseluruhan.


"Setibanya di lokasi didapati kebakaran telah pun terkawal dan di padam oleh penduduk rumah panjang tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,tiada mangsa dilaporkan cedera kebakaran itu.


"Anggota Bomba terus membuat kerja-kerja ‘size up’ dan ‘overhaul’ dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dua nozel air daripada jentera dan sumber air pili bomba yang berdekatan.



"Setelah memastikan api padam sepenuhnya dan keadaan di lokasi selamat, pihak Bomba bergerak balik ke balai," ujarnya.

Next Post Previous Post