Wanita maut dilanggar lari
SIBU--Seorang wanita maut selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah kenderaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian sekitar jam 5.18 pagi itu, motosikal yang ditunggang mangsa berusia 38 tahun bergerak lurus menuju ke arah lampu isyarat Jalan Salim.
"Ketika ditempat kejadian mangsa dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak diketahui jenisnya.
"Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.