Seorang maut, kemalangan babit dua motosikal di jambatan Nyelong

Kemalangan membabitkan dua buah motosikal di jambatan Nyelong, Seorang maut kemalangan babit dua motosikal di jambatan Nyelong

SARIKEI--Seorang maut manakala seorang  lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di jambatan Nyelong di sini, tengah hari ini.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada orang awam pada  jam 12.34 tengah hari dengan menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi kejadian didapati dua mangsa terbabit dalam kemalangan itu 


"Seorang mangsa berusia 38 tahun  dalam keadaan kritikal, mangsa mengalami patah di pergelangan tangan kiri dan patah di bahagian kaki kiri telah dirawat oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, mangsa telah dibawa oleh pihak KKM ke hospital untuk rawatan selanjutnya.



"Seorang lagi mangsa yang masih belum dikenali pasti identiti telah meninggal di tempat kejadian.


"Mayat mangsa diserahkan KKM kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.