Tekong nekad terjun sampan, tinggal 10kg ganja dan 2kg syabu

APMM Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) mematahkan cubaan seludup ketulan ganja mampat daripada sebuah sampan kayu di perairan Perlis
Gambar kredit APMM

KUALA PERLIS-- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) mematahkan cubaan seludup ketulan ganja mampat seberat 10 kilogram dan dua kilogram syabu daripada sebuah sampan kayu di perairan Perlis, kelmarin.


Pengarah APMM negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata  sebuah sampan kayu tanpa nombor pendaftaran telah ditahan pada kedudukan lebih kurang 0.18 batu nautika dari barat Pulau Ketam lebih kurang jam 4.30 pagi.


“Sampan tersebut menukar haluan ke arah hutan paya bakau sebaik melihat kehadiran bot ronda APMM namun berjaya dipintas dan ditahan.


“Bagaimanapun, seorang suspek yang juga tekong sampan nekad terjun ke laut meninggalkan sampan dengan berenang ke kawasan paya bakau untuk meloloskan diri,”katanya pada sidang media  di Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis hari ini.


Katanya, pemeriksaan menemukan dadah tersebut disorok di dalam sebuah tong minyak berwarna biru dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM156,000.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.