Syerleena, adik Guan Eng calon baharu DAP Pulau Pinang

Turut mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan, Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam), RSN Rayer (Jelutong) dan Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor).

GEORGE TOWN— Parti DAP hari ini mengugurkan seorang penyandang dan mengumumkan dua muka baharu untuk bertanding di kerusi Parlimen Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Setiausaha Agong DAP Anthony Loke mengumumkan penyandang kerusi Bukit Bendera Wong Hon Wai, digantikan muka baharu Syerleena Abdul Rashid yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima.


Setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying, yang juga adik perempuan kepada Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dicalonkan untuk kerusi Parlimen Tanjong, manakala penyandang kerusi Tanjong Chow Kon Yeow yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, akan bertanding di Parlimen Batu Kawan.


Penyandang kerusi Parlimen Batu Kawan Kasthuriraani Patto sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15, menurut Bernama.


Selain itu, Loke turut mengumumkan penyandang lain akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan, Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam), RSN Rayer (Jelutong) dan Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor).


Loke berkata senarai calon yang dicadangkan Jawatankuasa DAP negeri itu, diterima sebulat suara Jawatankuasa pemilihan calon di peringkat negeri dan nasional.


“Oleh itu, saya berharap semua calon akan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli parti,” katanya selepas pengumuman calon pada Konvoi Harapan di sini hari ini.


Sementara itu, Hui Ying ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada parti, kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk bertanding pada PRU15.


“Saya sebelum ini sentiasa menyokong dari barisan belakang parti dan gembira dengan apa yang telah saya laukan. Pemimpin parti kerap meminta saya untuk bertanding, tetapi saya tidak mahu, tetapi kali ini saya saya menerimanya dan membuat keputusan untuk ke hadapan,” katanya.

 

SENARAI CALON DAP PULAU PINANG:

 

P43 Bagan: Lim Guan Eng

P45 Bukit Mertajam: Steven Sim Chee Keong

P46 Batu Kawan: Chow Kon Yeow

P48 Bukit Bendera: Syerleena Abdul Rashid

P49 Tanjong: Lim Hui Ying

P50 Jelutong: RSN Rayer

P51 Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh

Next Post Previous Post