Singapura: Tanduk badak sumbu disita, rampasan terbesar setakat ini

Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) merampas 20 tanduk badak sumbu, Tanduk badak sumbu disita rampasan terbesar
Tanduk badak sumbu yang diseludup melalui Lapangan Terbang Changi. Gambar kredit NParks

SINGAPURA-- Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) merampas 20 tanduk badak sumbu yang diseludup melalui Lapangan Terbang Changi, dianggarkan bernilai sekitar S$1,200,000. 


"Rampasan tanduk badak itu yang terbesardi Singapura setakat ini," menurut Nparks dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.



Bahagian keselamatan lapangan terbang dan unit K9 mengesan 34 kilogram tanduk badak di dalam dua buah bagasi. 


Pemilik bagasi berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Afrika Selatan ke Laos dan transit di Singapura, telah ditahan.


Menurut Nparks, badak sumbu dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) serta transaksi perdagangan antarabangsa membabitkan tanduknya adalah dilarang.


Singapura antara negara yang menandatangani  CITES dan komited dengan usaha antarabangsa untuk mengekang perdagangan hidupan liar haram demi memastikan kelangsungan hidup haiwan ini.


NPARKS memaklumkan bahawa ujian genetik sedang dijalankan di pusat forensik hidupan liar untuk mengenal pasti spesies badak sumbu.


"Tanduk-tanduk itu akan dimusnahkan bagi menghalangnya daripada memasuki semula pasaran dan bertujuan menjejaskan rantaian bekalan tanduk badak yang didagangkan secara haram," menurut kenyataan itu.


Di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport), pemilikan spesies dalam transit di Singapura tanpa permit Cite yang sah boleh dikenakan denda sehingga S $ 50,000 setiap spesies (tidak melebihi agregat S$500,000) dan atau hukuman penjara sehingga dua tahun.


Penalti yang sama dikenakan untuk mereka yang memiliki atau memindahkan spesies yang dijadualkan, termasuk bahagian dan derivatif haiwan berkenaan.


Singapura tidak bertoleransi dalam isu perdagangan haram spesies hidupan liar yang terancam, menurut Nparks.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.