Seorang pemandu mabuk ditahan, 22 saman dikeluarkan

Op Mabuk di Jalan Simpang Tiga malam tadi. Gambar PDRM

KUCHING-- Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dalam Op Mabuk di Jalan Simpang Tiga malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Katanya, Op mabuk ini dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada malam Ahad bermula 11 malam hingga 2 pagi.


"Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda minimum RM10,000 hingga maksimum RM30,000 dan penjara tidak melebihi 2 tahun serta hilang kelayakan lesen memandu selama 2 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Ahsmon lagi, dalam op itu, sebanyak 83 kenderaan dan 33 individu telah diperiksa. 


"Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya.


Tegasnya, polis akan sentiasa meneruskan serta mempertingkatkan 'op mabuk' bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol kerana perbuatan ini amat bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Next Post Previous Post