DAP tanding tujuh kerusi, tampil 4 empat muka baharu

Tiga penyandang Parlimen DAP Sabah akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Noorita Sual di Tenom, Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) dan Vivian Wong (Sandakan) 

KOTA KINABALU—Parti komponen Pakatan Harapan DAP akan bertanding di tujuh Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon hari ini.


Poon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat berkata DAP Sabah, akan mempertahankan tiga kerusi dan mencalonkan penyandang masing-masing iaitu Naib Pengerusi DAP negeri Noorita Sual di Parlimen Tenom; Setiausaha Publisiti DAP negeri Vivian Wong Shir Yee (Sandakan); dan Ahli Jawatankuasa DAP negeri Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), lapor Bernama.


Poon berkata empat calon baharu terdiri Bendahari DAP Sabah Henry Shim Chee On bertanding di Parlimen Papar; Setiausaha Organisasi DAP negeri Liau Fui Fui (Batu Sapi); Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri Grelydia Gillod (Keningau); dan Ahli DAP Oscar Sia Yu Hock (Lahad Datu).


“DAP Sabah telah mengetengahkan calon baharu dalam kalangan muda berusia 32 hingga 39 tahun, kerana percaya mereka bakal membawa perubahan besar kepada parti dan meletakkan keyakinan untuk menang di kawasan masing-masing,” katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan PH Kota Kinabalu di sini.

Next Post Previous Post