Nurul Izzah harap bertanding di Permatang Pauh

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berharap diberikan peluang untuk pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar


KUALA PERLIS—Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berharap beliau diberikan peluang untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya kini pada PRU15 nanti.


“Sudah tentu jika ada pilihan (pertahankan kerusi) … Permatang Pauh kerana kita kesuntukan masa dan saya sayang dengan Permatang Pauh,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di sini hari ini.


Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkata beliau bagaimana pun menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskannya.


PKR akan mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRU15 pada Jumaat minggu hadapan (28 Okt) di Kuala Lumpur.


Pada PRU14, Nurul Izzah menang dengan majoriti 15,668 undi menewaskan dua pencabarnya Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) dan Mohd Zaidi Mohd Zaid (Barisan Nasional).


-- BERNAMA 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.