Nelayan hilang di laut ditemukan selamat
MALUDAM--Seorang nelayan dari Kampung Darat di sini, yang hilang di laut ditemukan selamat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.01 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
"Mohd Fuad Hassan, 36, dilaporkan hilang oleh bapanya di balai polis selepas tidak pulang keluar ke laut pada jam 7 pagi.
"Bapa mangsa bersama penduduk kampung seramai tiga orang telah pergi ke laut untuk usaha mencari mangsa namun gagal menemui anak beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,setiba pasukan Bomba di rumah mangsa, bapanya memberitahu bahawa anaknya telah selamat di temui oleh orang kampung, tiada operasi menyelamat dijalankan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.