Rumah kosong terbakar di Kampung Subak

Rumah kosong terbakar di Kampung Subak, Rumah kosong di Kampung Subak terbakar malam tadi

BEKENU--Sebuah rumah kosong di Kampung Subak di sini, terbakar malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.18 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.



"Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan.


"Pasukan Bomba menggunakan satu aliran  200 kaki dua nozel menggunakan air daripada tangki jentera bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, setelah keadaan terkawal dan api padam sepenuhnya  pasukan bomba berangkat balik ke balai.


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.20 pagi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.