Kereta Proton Saga terbakar

kereta Proton Saga terbakar di Jalan Kemena Sungai Nyigu, Kereta Proton Saga terbakar

BINTULU--Sebuah kereta Proton Saga terbakar di Jalan Kemena, Sungai Nyigu, di sini, pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.14 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.



"Tiba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang telah terbakar keseluruhan.


"Bagaimanapun, pemilik kenderaan tersebut gagal dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,pasukan Bomba menggunakan salur bantu mula bagi mengawal dan memadam api sehingga api padam sepenuhnya.


"Setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai, operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.56 pagi," ujarnya.




LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.