Najib dilarang keluar kenyataan, berkempen PRU15 - Penjara


MELAKA—Mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim.


Beliau berkata larangan itu turut termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


“Setakat ini apa-apa kenyataan yang mahu dikeluarkan oleh banduan dalam penjara... sememangnya tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara yang disempurnakan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin, di sini hari ini.


“Jabatan Penjara tiada kena mengena dengan politik dan kami hanya laksanakan tanggungjawab waima apa pun kerajaan yang memerintah,” kata Supri, serta menambah bahawa sebarang surat yang mahu dihantar kepada keluarga, dokumen atau apa jua urusan, akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Penjara.


 -- BERNAMA

Next Post Previous Post