2 beradik didakwa bunuh anggota Rela

Dua beradik bunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan sebuah unit pangsapuri, 2 beradik didakwa bunuh anggota Rela

PETALING JAYA—Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan sebuah unit pangsapuri di Petaling Jaya, 8 Okt lepas. 


R. Shugenthiran, 26 dan R. Mahendran, 24, masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.


Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh Yahya Kamarudin, 45, di hadapan sebuah unit pangsapuri di Petaling Jaya di sini pada 9.12 malam, 8 Okt lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 5 Jan 2023 untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gursharonjit Kaur.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.