Mayat lelaki tanpa dokumen diri ditemukan dalam tongkang

Mayat lelaki tanpa dokumen diri ditemukan dalam tongkang

SIBU--Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan di dalam sebuah tongkang yang berlabuh di Tanjung Kunyit di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kes terbabit daripada seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada jam 10.30 pagi.


"Pengurus sebuah syarikat perkapalan itu memaklumkan telah menemui mayat lelaki di dalam sebuah tongkang.


"Siasatan di tempat kejadian telah menjumpai mayat seorang lelaki lingkungan umur 30-an," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menjelas lanjut, katanya, mayat itu lengkap berpakaian, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.


"Tiada sebarang unsur jenayah dikesan berlaku di tempat kejadian setakat ini, bedah siasat akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian.


"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.


Sehubungan itu, Zulkipli minta mana-mana saksi, individu, waris atau majikan yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ataupun kehilangan ahli keluarga atau pekerja segera tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.


"Maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sub-Inspektor Davaraj Subramaniam ditalian 014-3941236," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.