Mancha saksi serah tugas KJIPS dan KPD Simunjan yang baru


KUCHING-- Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata menjadi saksi pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Sarawak serta Ketua Polis Daerah Simunjan yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.


Majlis dimulai dengan serah terima tugas jawatan Ketua JIPS oleh DSP Tansli Mering yang memangku jawatan tersebut sejak 19 September lalu kepada ACP Roselina Daud selaku KJIPS Sarawak yang baharu. 



Setelah itu, Dato Mancha turut menjadi saksi bagi Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Simunjan oleh ASP Honchin Ludu kepada DSP Wong Tee Kue serta jawatan Pengerusi PERKEP daerah itu, iaitu oleh Puan Rohidah Zaidel kepada Puan Tan Poh Choo. 


Hadir sama, Ketua JSJ Sarawak, SAC Puan Wong Ing Fung, Ketua JPJKK Sarawak, SAC Tuan Lukas Aket dan Komandan PULAPOL Kuching, SAC Tuan Razali Mohamad.




Next Post Previous Post