Notification

×

Iklan

Iklan

KPDNHEP Sarawak rampas 34,000 liter diesel bersubsidi

| Oktober 17, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-17T09:32:47Z
Gambar kredit KPDNHEP Sarawak

KUCHING—Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak merampas 34,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM73,100 yang dipercayai cuba diseleweng dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Pangkalan Baru di sini hari ini.


Pengarahnya Matthew Dominic Barin berkata serbuan pada 5.30 pagi tadi dijalankan susulan aduan orang awam dan siasatan oleh pihaknya sejak dua minggu lepas.


"Pemeriksaan menemukan 34 tong minyak diesel berkapasiti 1,000 liter setiap tong. Hasil siasatan awal mendapati gudang itu baru beroperasi selama dua bulan.


“Turut dirampas, sebuah lori serta peralatan mengepam minyak dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM163,300,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Matthew berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan pemandu lori terbabit dan rakan lelakinya yang berusia 23 tahun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.


Beliau berkata sejak Januari hingga hari ini, KPDNHEP Sarawak berjaya merampas 1.38 juta liter minyak diesel bersubsidi yang cuba diselewengkan dengan nilai rampasan RM5.83 juta.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update