Kelindan maut, kemalangan lori bawa muatan sawit di Simunjan



SIMUNJAN--Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan sebuah lori membawa muatan sawit  di Jalan Kampung Sebauh di sini, malam tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa yang maut ialah kelindan lori, Hussein ak Seltan,41 manakala pemandu lori, Thiong Hong Kong,53, cedera.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.54 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Simunjan  dan dua anggota BBP Serian  ke lokasi kejadian. 


"Setibanya di lokasi didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori membawa muatan sawit yang terbalik di bahu jalan.


"Terdapat Dua orang mangsa tersepit di bahagian tempat duduk hadapan, tindakan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pada jam  12.45 tengah malam mangsa pertama iaitu pemandu lori berjaya dikeluarkan. 


"Mangsa masih sedar dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan.


"Mangsa kedua yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat jam 10.55 pagi hari ini dan  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM," katanya.


Katanya,mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis di lokasi untuk tindakan selanjutnya.

Next Post Previous Post