JKR tegur kontraktor Pan Borneo Seksyen Bau


KUCHING--Kontraktor diingatkan untuk mengemaskini sistem Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang lebih teratur dilokasi yang terjejas akibat kerja-kerja pembinaan yang dilakukan di projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Seksyen Bau WPC02.


Ketua Unit Lebuhraya Pan Borneo (ULPB) JKR Sarawak, Ir. Awang Mohd Fadillah Awg Redzuan mahu pihak kontraktor menambah baik papan-papan tanda trafik agar lebih jelas dilihat oleh pengguna dan menempatkan blinker di selekoh-selekoh persimpangan sementara yang telah diubahsuai.


"Ini berikutan rungutan dan aduan daripada orang awam berhubung masalah ini baru-baru ini," katanya ketika melakukan  lawatan tapak  oleh pihak JKR Sarawak semalam.


Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Pengurus Zon Selatan ULPB JKRS, Ir. Foo Kee Seng,Pengurus Projek WPC02, Ir. Athira Binti Abdullah, pegawai-pegawai daripada ibu pejabat ULPB JKRS; wakil kontraktor, PLPS, RET dan ICE.



Dalam lawatan berkenaan juga pihak kontraktor telah memberi komitmen bahawa kedua-dua lorong akan siap dan dibuka kepada orang awam menjelang pertengahan bulan November tahun ini.



Katanya, sebarang perubahan, lencongan, penutupan jalan hendaklaklah dimaklumkan kepada orang awam melalui notis kepada JKR Sarawak mengikut tempoh masa yang sesuai agar orang awam tahu perubahan yang berlaku.


Dalam pada masa yang sama beliau turut mengigatkan pihak kontraktor untuk tidak berkompromi dengan isu keselamatan pengguna jalan raya sepanjang kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Next Post Previous Post