Gempa kuat landa utara Filipina

Gempa kuat landa utara Filipina, Gempa bumi di Manila Filipina, Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter menggegarkan utara Filipina

MANILA— Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter menggegarkan utara Filipina pada malam Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.


Gempa bumi berlaku pada 22:59 waktu tempatan (1459 GMT) dengan kedalaman 28 kilometer (km), kira-kira 7 km dari barat laut bandar Tineg wilayah Abra, Luzon, lapor Xinhua.


Gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran, termasuk wilayah Ilocos Sur dan bandar Baguio.


Gempa berkenaan dijangka mencetuskan gegaran susulan, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut institut itu.


Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini.


Filipina kerap dilanda aktiviti seismik kerana lokasinya di sepanjang "Lingkaran Api" Pasifik.


Pada Julai, gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda wilayah Abra, menyebabkan kejadian tanah runtuh dan merosakkan bangunan, serta mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 130 lagi cedera.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.