Dua suspek kes samun di Stutong diberkas polis


KUCHING--Dua suspek lelaki yang terlibat dalam kes samun berkumpulan tanpa senjata di sebuah premis yang menjual barangan dan produk ceramik dari China di kawasan Stutong di sini, Ahad lalu, berjaya diberkas pihak polis.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kejadian itu menyebabkan pemilik premis mengalami kerugian dianggarkan RM 10,000 selepas menjadi mangsa samun tiga lelaki.


"Pihak polis telah menggerakkan pasukan khas bagi mengesan suspek kes ini Dan berjaya mengesan suspek sehari selepas hari kejadian dengan penangkapan dua suspek lelaki tempatan.


"Kedua-dua suspek lingkungan usia 20 hingga 46 tahun mempunyai empat rekod lampau melibatkan kes dadah dan kes tipu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,turut dirampas kenderaan serta pakaian yang digunakan.


"Seorang suspek yang masih bebas sedang giat dikesan pihak polis,modus operandi yang digunakan kumpulan ini berpura-pura menjadi pelanggan Dan hendak membeli barang.


"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Oktober ini," tegasnya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post