Dua rentung kemalangan empat kenderaan

Kemalangan sebuah lori dan tiga kereta, Dua rentung kemalangan empat kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan
Dua rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam tadi. Gambar tular media sosial

JOHOR BAHRU— Dua rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan dengan Sedenak, malam tadi.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Mohd Fauzi Nor berkata kejadian kira-kira pukul 7.47 malam itu melibatkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.


“Wanita yang maut ialah penumpang Proton Wira dikenali sebagai Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang ditemukan tersepit serta rentung di dalam kenderaan terbabit.


“Seorang lagi ialah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Beliau berkata lori Isuzu terbakar 70 peratus tetapi pemandu dan penumpang yang dikenali sebagai S. Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, selamat.


Turut terbakar Proton Wira dan Toyota Vios sebanyak 90 peratus, manakala pemandu Proton Wira dan Proton Preve terselamat, katanya.


Terdahulu, tular satu video seorang lelaki meraung kesedihan kerana tidak sempat menyelamatkan isterinya yang dipercayai rentung dalam kejadian itu.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.