Notification

×

Iklan

Iklan

Permintaan Wanita PH untuk Wan Azizah bertanding PRU15 akan dipertimbang - Anwar

| Oktober 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-15T12:36:59Z
Anwar ketika menghadiri majlis Iltizam Wanita PH dan Jentera PRU15 di sini hari ini

SHAH ALAM— Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan permintaan sayap Wanita PH yang mahu Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai permohonan itu dan perkara itu akan dipertimbangkan selain fokus pakatan itu adalah bagi persiapan jentera parti untuk memenangkan calon-calon PH.


“Ada permohonan dan pertimbangan serta permintaan daripada Wanita PH, kita akan bagi pertimbangan. Saya pun belum tahu (Wan Azizah) akan bertanding atau tidak,” katanya kepada media selepas melancarkan Iltizam Wanita PH dan Jentera PRU15 di sini hari ini. 


Pada PRU14, Wan Azizah yang mewakili PKR di Parlimen Pandan menang besar 52,543 undi majoriti menewaskan calon BN Leong Kok Wee.


Dalam pada itu, Presiden PKR itu juga berkata PH akan sedaya upaya memastikan sasaran 30 peratus wanita sebagai calon dalam pilihan raya dapat dicapai. 


“Bagi kita kalau dapat capai 30 peratus itu satu permulaan yang meyakinkan. Itu juga adalah tuntutan Wanita PH dan kita tidak boleh pandang ringan permintaan ini kerana mereka adalah tonggak dan kekuatan dalam gerakan kita,” katanya.


Anwar juga sekali lagi menegaskan bahawa keputusan PH untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah bagi memastikan ketiga-tiga negeri itu dapat menumpukan usaha bagi persediaan menghadapi musim banjir.  


--BERNAMA

×
Berita Terbaru Update