2 gelandangan dipercayai bergaduh, seorang maut

Gelandangan maut dipukul di lorong berhampiran kaki lima Jalan Leong Sin Nam, Dua gelandangan bergaduh seorang maut

IPOH— Seorang lelaki warga emas dipercayai gelandangan, maut dipukul di lorong berhampiran kaki lima Jalan Leong Sin Nam di sini awal pagi tadi.


Difahamkan, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan mangsa berusia 68 tahun itu pada kira-kira 5.20 pagi tadi.


Mangsa dipercayai dipukul serta ditendang dan polis telah menahan suspek yang juga gelandangan berusia 51 tahun dalam masa yang singkat.


Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat. 


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tinjauan Bernama di lokasi kejadian pagi ini mendapati masih terdapat kesan darah di lorong jalan itu dipercayai milik mangsa.


Seorang wanita yang bekerja di restoran berhampiran yang enggan dikenali memberitahu dia terdengar bunyi bising dan kaca pecah seperti berlaku pergaduhan ketika menyiapkan makanan pada kira-kira 5 pagi.


"Saya terus keluar untuk melihat kejadian dan menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan untuk mangsa itu yang biasa dilihat tidur di sekitar kawasan ini," katanya.


  -- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.