Dua anggota PGA maut, kereta rempuh lori


KOTA BHARU-- Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA8) maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Rantai Panjang-Pasir Mas, pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kejadian pada 4.25 pagi itu menyebabkan Lans Koperal Jerry Layong Nyalin, 32, dan Koperal Juna Jembat, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala, lapor Bernama.


"Kedua-dua mangsa yang bertugas di Batalion 8 PGA di Pengkalan Chepa, di sini, menaiki kereta jenis Perodua Myvi.


"Ketika kejadian pemandu lori tiada di dalam kenderaan tersebut dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Next Post Previous Post