Lelaki edar dadah dicekup, 51 gram syabu dirampas di Miri.

Polis merampas 51 gram dadah syabu dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah Miri, Lelaki edar dadah dicekup, 51 gram syabu dirampas di Miri

MIRI-- Polis merampas 51 gram dadah syabu dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah Miri dengan penangkapan seorang lelaki disyaki pengedar dadah, semalam.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di kawasan parkir kereta di Marina Park, jam 3.30 petang.


"Pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai dan merampas plastik  berwarna hitam di dalamnya terdapat satu peket  plastik lutsinar disyaki dadah syabu seberat 51 gram.


"Kesemua dadah ini  dianggarkan bernilai RM5,100," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata,kes ini disiasat mengikut  Seksen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 


"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.


"Pihak polis memohon orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.