Cemas pokok tumbang hempap atap rumah
LUBOK ANTU--Sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas pokok tumbang menghempap kediaman mereka di Kampung Hilir di sini, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK II Edwin Jonani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.18 malam dengan menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat sebatang pokok tumbang dan menimpa kabel elektrik yang masih aktif.
"Pokok yang tumbang itu terkena hujung atap rumah dan menyebabkan kerosakan kecil pada atap tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,pasukan Bomba menghubungi kontraktor Sesco Bahagian Sri Aman untuk mengambil alih kes tersebut.
"Pasukan Bomba membuat membuat pemantauan kawasan sekeliling untuk memastikan keadaan selamat.
"Setelah selesai pemantauan dan mengambil maklumat kejadian, pasukan Bomba bertolak balik ke balai," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.