Aduan awam, jadi sarang nyamuk MPP sita 12 kenderaan terbiar di Batu Kawa


KUCHING-- Tidak tahan melihat kenderaan-kenderaan terbiar hingga menjadi sarang pembiakan nyamuk, penduduk di sebuah kawasan penempatan di Batu Kawa membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP). 


Berikutan aduan itu, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang memberitahu, setakat ini sebanyak empat kenderaan terbiar di kawasan penempatan berkenaan telah disita baru-baru ini. 



"Pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa mengenai aduan kenderaan terbiar di kawasan penempatan di Batu Kawa. 


"Terdapat empat buah kenderaan terbiar yang ditinggalkan di depan rumah," katanya dalam kenyataan hari ini. 




Ekoran itu, tegasnya, satu notis kenderaan telah dikeluarkan kepada pemilik untuk mengalih empat kenderaan tersebut dalam tempoh 7 hari.


Bagaimanapun, jelas Lo pemilik kenderaan terbiar berkenaan gagal mematuhi notis tersebut mengikut tarikh ditetapkan. 



Disebabkan itu, katanya kenderaan terbiar berkenaan disita berdasarkan kesalahan di bawah by- laws 27(1) of The Local Authorities (Cleanliness) By-laws 1999.


Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat ini, terdapat 12 kenderaan telah disita dan berada di dalam simpanan MPP.

Next Post Previous Post