Rumah pekerja kilang LNP Timber tinggal rangka

Rumah pekerja kilang LNP Timber Sdn. Bhd terbakar, Rumah pekerja kilang LNP Timber Sdn. Bhd terbakar petang tadi

KOTA SAMARAHAN-- Sebuah rumah pekerja kilang LNP Timber Sdn. Bhd di sini, terbakar petang tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.30 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian. 



"Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan rumah pekerja tersebut.


"Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang  kecederaan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,anggota Bomba telah berjaya memadam kebakaran tersebut dari merebak dengan menggunakan satu aliran hos dua nozel pam hentera dan sumber air dari pili Bomba berhampiran. 


"Setelah memastikan kebakaran padam sepenuhnya  dan keadaan selamat, anggota berangkat balik ke balai," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.