3,894 pelajar IPT Sarawak terima bantuan Program Bank Makanan Siswa

3,894 pelajar IPT Sarawak terima bantuan Program Bank Makanan Siswa
Wilfred Yap menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada penghuni Rumah Seri Kenangan di sini hari ini.

KUCHING—Seramai 3,894 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di enam kampus di Sarawak telah mendapat manfaat daripada Program Bank Makanan Siswa yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  sehingga bulan lalu.


KPDNHEP, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pelajar di Sarawak berkenaan merupakan sebahagian daripada 20,951 siswa di 28 IPT seluruh negara yang sudah menerima bantuan daripada inisiatif program yang diperkenalkan sejak 15 Feb 2019.




"Selain itu, bantuan ini juga turut disalurkan kepada golongan yang memerlukan daripada golongan B40 serta mangsa bencana alam seperti banjir dan sebagainya. KPDNHEP mengalu-alukan sumbangan badan korporat, pemain industri serta individu untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan," menurut kementerian itu.


Hari ini, KPDNHEP Sarawak menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Ahli Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, dan sebuah pasar raya di sini yang disalurkan kepada Rumah Seri Kenangan, sebuah pusat jagaan warga emas, bagi meringankan kos operasi pusat berkenaan.


Yap turut menyumbangkan peruntukan RM20,000 bagi menambah baik kelengkapan di pusat berkenaan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.