25 penghuni hilang tempat tinggal, 6 pintu rumah panjang terbakar
SIBU--Seramai 25 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan enam pintu rumah panjang di Jalan Tong Sang di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 9.10 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan rumah panjang enam pintu yang terbakar keseluruhan.
"Api turut merebak ke rumah berhampiran jenis kekal Semi-D yang terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, semua penghuni berjaya keluar daripada terperangkap dalam kebakaran itu.
"Tidak ada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.