Penduduk Samariang Aman gempar kelibat buaya dalam parit

Seekor buaya di dalam parit taman permainan di Taman Semariang, Buaya dalam parit di Taman Samariang

KUCHING-- Penduduk di Taman  Semariang Aman di sini, gempar dengan kelibat seekor buaya di dalam parit taman permainan di kawasan itu pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 10.16 pagi  dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian. 



"Berdasarkan maklumat pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) buaya jantan berkenaan sepanjang 10 kaki berlegar di dalam parit itu.


"Tindakan pasukan Bomba menggunakan tali untuk mengikat mulut buaya tersebut bagi mengelak risiko bahaya," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, setelah buaya itu berjaya ditangkap pihak Bomba menyerahkannya kepada pihak SFC.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.