Notification

×

Iklan

Iklan

2 patah kaki lif kondominium jatuh dari tingkat lapan

| Oktober 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-15T04:54:13Z
Wanita yang patah kaki dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Gambar kredit Bomba Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR -- Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan situasi cemas apabila lif yang mereka dinaiki terjatuh dari tingkat lapan di sebuah kondominium di Lengguk Thamby Abdullah di Brickfields, di sini, malam tadi. 


Kejadian menyebabkan seorang wanita dan seorang lelaki patah kaki manakala yang lain selamat.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.52 malam dan sebuah jentera disertai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah digegaskan ke lokasi.




“Menurut mangsa, lif tersebut jatuh dari tingkat lapan hingga ke tingkat bawah (GF). Wanita dan lelaki yang patah kaki dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.


“Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


-- BERNAMA  

×
Berita Terbaru Update