10 hari hilang di hutan, pemuda ditemukan selamat
LUNDU--Seorang lelaki ditemukan selamat selepas 10 hari hilang di hutan gunung Bajo di sini, hari ini.
Mangsa Illias IIIyasa Bujang,21, dijumpai seorang penduduk kampung yang mahu pergi ke kebun jam 7.50 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, anggaran jarak mangsa dijumpai iaitu 631meter dari rumah mangsa.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu menerima panggilan dari keluarga mangsa memaklum mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat pada 8.14 pagi.
"Mangsa kini berada di rumah keluarganya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak Kementerian Kesihatan Makaysia (KKM) telah melakukan rawatan awal serta memeriksa keadaan mangsa dan status mangsa tiada mengalami sebarang kecederaan.
"Mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada jam 8.09 malam 5 Oktober lalu," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.