25 maut dalam letupan lombong arang batu

Seorang pekerja yang cedera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans. Gambar kredit Yokad News


ANKARA-- Angka korban dalam insiden letupan di lombong arang batu di wilayah Bartin, utara Türkiye meningkat kepada 25 orang, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Sputnik.


Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca pada Jumaat berkata 22 orang maut dan 17 yang lain cedera dalam kejadian di lombong Amasra Muessese Mudurlugu itu.


"Kami kehilangan 22 rakyat kami dalam insiden letupan di sebuah lombong di Bartin...Kami berharap mereka yang cedera segera pulih," kata Koca di media sosial.


Saluran TRT Haber TV melaporkan 19 orang dimasukkan ke hospital dan ketika kejadian terdapat 115 pekerja di lombong berkenaan. 


Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka melawat lokasi kejadian pada Sabtu, memetik laporan media.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post