Suri rumah rugi RM 10,450 diperdaya 'Love Scam'


KUCHING-- Seorang suri rumah berusia 50-an di sini, menjadi mangsa tipu lelaki warganegara United Kingdom dalam kes 'Love Scam' membabitkan kerugian sebanyak RM10,450.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pada 21 Ogos lalu, mangsa berkenalan dengan suspek Aaron Richard melalui akaun instagram dan whatsup yang merupakan nombor talian asing.


"Suspek memperdayakan mangsa dengan cara kononnya atas dasar cinta saspek telah menghantar satu bungkusan wang yang banyak. 


"Mangsa diminta untuk membayar wang pelepasan sebanyak RM9,850 bagi melepaskan barang kiriman tersebut daripada tahanan pihak Kastam," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, mangsa diminta membuat bayaran ke akaun Hong Leong Bank nombor 1185115XXXX atas nama Dynisiah Sitor.


"Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta lagi membuat bayaran sebanyak RM27,500 untuk tujuan “Anti-Money Laundering Certificate Requirement” namun mangsa hanya membayar RM600 kepada suspek melalui applikasi i-Tunes menggunakan telefon iPhone," ujarnya.


Abang Zainal menasihatkan orang awam supaya jangan mudah percaya dengan kata-kata manis yang diucapkan oleh orang yang baru sahaja dikenali lebih-lebih lagi melalui instagram atau whatsApp.

Next Post Previous Post