-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Pesara kerajaan ditahan salah guna jawatan terima suapan rumah

| September 21, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-21T12:01:44Z

ALOR SETAR-- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pesara kerajaan kerana dipercayai menyalahgunakan jawatannya dalam proses pengambilan tanah bagi projek lebuh raya pada 2005.


Sumber SPRM Kedah berkata lelaki berusia 69 tahun itu yang pernah bertugas di salah sebuah Pejabat Tanah dan Daerah di negeri ini, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini pada jam 3 petang semalam.


“Lelaki itu dipercayai menyalahgunakan jawatannya semasa proses pengambilan tanah oleh kerajaan bagi projek Lebuhraya Langkawi pada 2005.


“Sebagai balasan dia dipercayai mendapatkan suapan iaitu sebuah rumah di Sungai Menghulu, Langkawi untuk dirinya ketika masih dalam perkhidmatan,” katanya, di sini, hari ini.


Sumber itu, bagaimanapun, berkata suspek dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM15,000 berserta seorang penjamin atas faktor usia dan kesihatan.


Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update